Click here for Myspace Layouts

Sunday, August 16, 2009

PERTANDINGAN MEMASAK

Satu aktiviti Pertandingan memasak telah dianjurkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional pada 12.08.09 (Rabu ). Pertandingan dikategorikan untuk minuman petang dan pelajar dikehendaki menggunakan 'tahu' dan cucur udang sebagai juadah.
Pertandingan dihakimi oleh hakim yang adil lagi bijaksana iaitu Pn Hjh Noor Lailawati dan Pn Siti Zaharah.
Guru-guru dihidangkan dengan hasil pelajar dan semua guru amat berpuashati dengan juadah tersebut.
Rabu depan buat lagi.

GOTONG ROYONG

Pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu ) yang lalu, satu acara gotong royong Perdana telah diadakan. Menurut Cikgu Zulkefly Ab Ghany selaku penyelaras program, tujuan gotong royong diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada warga UJ tentang amalan pencegahan denggi disamping memupuk semangat kerjasama. Sebelum acara gotong rotong, satu sesi memanaskan badan ( poco-poco ) telah diadakan dan seperti biasa mendapat sambutan yang hebat.
Tidak ketinggalan menyertai poco-poco dan gotong royong ialah Tuan Haji Nor Hashim ( Pengetua ) dan selaku pengamal kepemimpinan transformasional, beliau turut bersama-sama ber poco-poco dengan warga sekolah.
Sesi gotong royong tidak akan lengkap tanpa jamuan makan tengahari yang di sponsor oleh Pn Hjh Norlailawati Nordin ( PK Ko-Kurikulum).
Keseluruhan program adalah positif dan diharap lebih mendapat kerjasama dari semua warga sekolah terutama sekali pekerja-pekerja. Sifat dan sikap kepedulian perlu dipupuk dan disemai dalam kalangan semua warga sekolah kerna tanpa kerjassama semua sekolah tidak akan dapat mencapai misi dan visi yang telah digariskan.

Wednesday, August 12, 2009

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK







Pelancaran builan patriotik SMKUJ telah diadakan pada 12 Ogos 2009. Ianya telah dirasmikan oleh Pengetua ( Tn Hj Nor Hashim Othman ) pada pukul 9.00 pagi. Dalam ucapannya beliau mengingatkan semua warga sekolah kepada semangat patriotisme yang semakin lama semakin menurun dalam kalangan warga sekolah terutamanya pelajar. Aktiviti mewarna bendera dan pemberian bendera kepada kelas dan guru juga dijalankan. Pertandingan masakan makanan semasa zaman pendudukan jepun juga telah diadakan. SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



CIKGU MANSOR NAIK PANGKAT

pada 10.Ogos 2009, Cikgu Mansor dengan perasaan sayu hati dan amat hiba telah mengucapkan selamat tinggal kepada semua warga SMKUJ. Ini adalah kerana beliau telah dinaikkan pangkat kejawatan PK Ko-Kurikulum dan telah ditempatkan ke SMK DUMA. Dalam Ucapannya beliau berpesan kepada semua warga UJ terutamanya pelajar tentang pembentukan disiplin yang boleh dibentuk sejak kecil. Sambil bercucuran airmata beliau juga menceritakan tentang kenangan-kenangan manis dan pahit yang telah beliau tempuhi sepanjang 15 tahun beliau berada di SMKUJ. semua warga sekoilah mengucapkan tahniah dan selamat bertugas ditempat baru kepada Cikgu Mansor.
Ucapan terakhir
Hu hu hu hu

terima kasih



Sunday, August 2, 2009

STUDYTHON HARAPAN FORM 3 DAN 5




Bagi meransangkan lagi program-program akademik SMK Undang Jelebu, satu program studython bagi pelajar-pelajar harapan PMR dan SPM telah diadakan pada 25 Julai 2009. Seramai 40 pelajar PMR dan 40 Pelajar SPM telah ' berkampung ' disekolah bersama-sama beberapa orang guru dan kaunselor sekolah. Pengisian akademik dan aktiviti riadah telah dijalankan dan dipantau oleh guru. Tn Pengetua juga telah datang untuk bersama-sama melihat perkembangan aktiviti pelajar.


Harapan agar pelajar-pelajar dapat menterjemahkan pengetahuan yang didapati kepada hasil yang dapat membantu diri sendiri khasnya dan sekolah amnya.





PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH - SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009




Sekali lagi SMK Undang Jelebu telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Tarian Sekolah -Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Negeri Kedah Pada 17 - 20. Julai 2009. Bagi menyatakan sokongan satu rombongan ( bas ) yang terdiri dari guru-guru pengiring, YDP PIBG, kroni-kroni dan krew telah bertolak bersama-sama ke Kedah. Walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri namun atas dasar kerjasama dan sokongan fanatik mereka sanggup berbelanja.


Ini adalah merupakan kali keempat pasukan tarian sekolah telah berjaya kePeringkat Kebangsaan. Pelbagai pengalaman telah ditimba dan diharapkan pengalaman-pengalaman tersebut akan dapat diterjemahkan kepada hasil pada satu masa kelak.


Kepada sokongan oleh pihak pengurusan dan sokongan peribadi Tn Hj Nor Hashim, Pn Noor Fauziah Rhan, En Mohd Asri dan Pn Hjh Noor Lailawati ( PK Ko-ku) jawatankuasa Kelab Seni Budaya mengucapkan ribuan terima kasih. Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung juga jutaan terima kasih.


Tahun 2010 kita pi laie.

CERAMAH KESIHATAN H1 N1




Satu sesi ceramah kesihatan tentang wabak H1 N1 telah diadakan pada 17.Julai 2009. Penceramah jemputan ialah Dr Thong dari Pusat Kesihatan Jelebu. Sesi penerangan walaupun ringkas tetapi padat dan pelajar telah didedahkan dengan cara-cara menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan virus.

HARI GURU SEKOLAH




Perayaan Hari Guru Peringkat sekolah telah dilansungkan pada 18 Mei 2009. Pelbagai acara telah dijalankan ini termasuklah ucapan dari Pengarah Pelajaran, Menteri dan lain-lain. Disamping itu, aktiviti sampingan seperti sukan, nyanyian dan pada tahun ini satu acara baru iaitu acara memancing telah diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan harapan agar tahun depan sambutan Hari Guru tahun hadapan akan menjadi lebih bermakna dan meriah lagi.



Add Image